November 3, 2014

zaman sekarang GF BF selfie upload instagram dikatanya sweet

Manusia.
Bila hati dibelenggu nafsu.
Dosa depan mata pun mereka watdek.
Tapi berangan 
Mahu ke Syurga.
Bila ada yang comment
'Wah, sweetnya. Hope kekal till jannah.'
'Untunglah, ada orang sayang'
Sweet ke sawit?
Rasa macam nak jirus je teh panas kat mereka.
Tapi tak sampai hati, Rasulullah tak ajar.
Aku sabar lagi.
Jannah? 
Fikir hubungan sebegitu ke jannah?
Jannah atau Jahannam.
Fikir Allah redha?
Fikir Allah berikan pahala?
Hok Aloh.
Kalau berani langgar hukum Allah, beranilah tanggung azabnya.
Dalam Quran, dah terakam;
'La Taqrabuzzina' - Jangan mendekati zina.
So, daripada hubungan mereka,
Tangkap gambar rapat-2
Duduk dekat-2.
Agaknya hubungan tu elok ke?
Bukankah ianya mendekati zina?
Zina itu maksiat.
Maksiat itu haram
Tambahan pula ianya terlalu keji.
Itu ke yang dikatakan mahu ke Syurga?
Islam itu mudah tapi jangan mudahkan ia.
Kalau dah gatal nak bercinta, kahwin terus.
Kalau belum sedia, tak payah ada hati nak bercinta.
Cinta itu lepas nikah.
Sebelum nikah itu couple.
Ada beza di situ.

No comments: