Seketika hadirnya cinta, jangan cepat membuai rasa.
Ketika cinta diterima, jangan mudah terlena.

Kadang,
Ia datang sebagai 'ujian'
Allah menguji kita, di mana pandangan dan fikiran kita ketika itu.
Ke mana tempat kita sandarkan harapan.
Adakah kita akan lebih memikirkan si dia atau kau masih setia pada DIA.

Berdoalah, agar cinta yang datang membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
Bertemu dan berpisah kerana Allah.
Mencintai dan dicintai kerana Allah.
Bertemu dan berpisah kerana Allah.
Mencintai dan dicintai kerana Allah.
Untuk pengetahuan,
Kita tak pernah 'salah' mencintai seseorang.
Yang salah itu meletakkan harapan agar cinta itu diterima sepenuhnya.
Hidup bukan untuk mengenang, walau mengenang itu tak dapat dielak.

Sakit hati itu untuk 'disembuhkan' bukan untuk 'dibalaskan'.
Jadilah hamba yang bahagia bila 'memilih'
Dan jadilah hamba yang bahagia bila 'dipilih'