"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(Al-Ankabut : 2 & 3)
bosan jadi baik juga adalah ujian seorang hamba.
kita hanya ada dua pilihan, sama ada nak jadi baik atau jahat.
jadi, yang mana perlu dipilih?
ia boleh dianalogikan dengan pilihan syurga atau neraka
, yang mana satu yang dipilih?
untuk capai sesuatu yang besar dan nikmat, memang perlukan pengorbanan
. mesti ingat, kita di dunia hanya sementara, dan dunia adalah tempat menanam (beramal).
hasilnya akan dapat di akhirat nanti. biarlah berpenat seketika jadi baik,
asalkan kita hidup aman di negeri abadi nanti.
jangan selalu katakan “masih ada waktu” atau “nanti saja”.
Lakukan segera, gunakan waktu dengan bijak.
hidup ini bukan hanya mencari yang terbaik
, namun lebih kepada menerima kenyataan bahwa kita adalah kita. Jadi diri sendiri.
mengeluh bosan tidak menyelesaikan apapun.
Mengeluh hanya akan menambah beban dihati.
Berhentilah mengeluh, segera bertindak!
“you never change if you never try..
do it your own way by your self.dont give up and be a weak until we die.
try to the best things what you got. BECAUSE YOU ARE NOT A LOOSER !!”
apabila di dalam diri seseorang masih ada rasa malu dan
takut untuk berbuat suatu kebaikan, maka jaminan bagi orang tersebut
adalah tidak akan bertemunya ia dengan kemajuan selangkah pun. – Bung Karno
cara untuk menjadi lebih baik pada masa depan adalah mulakan dari sekarang.
Jika dari sekarang, tahun depan anda akan tahu banyak hal yang
sekarang tidak diketahui,
dan anda tak akan mengetahui masa depan jika anda menunggu-nunggu. – William Feather
Orang-orang hebat di bidang apapun bukan baru
bekerja kerana mereka terinspirasi, namun mereka menjadi
terinspirasi kerana mereka lebih suka bekerja.
Mereka tidak menyia-nyiakan waktu untuk menunggu inspirasi. – Ernest Newman
welcome to my blog , assalamualaikum =) Jom dakwah cara Nabi! Moga Allah tambah Cinta. Moga Nabi senyum gembira. Moga Allah redha. #terima kasih =)
mp3
April 18, 2014
hargailah ibu anda
assalamulaikum ^_^
- Bismillah ..
" Ibu, ibu ada duit lagi tak kat sana? "
" Mak jangan risau angah kat sini kejelah ibu, angah ada duit saku lebih sebab tue ana kirim "
Hampir tiap bulan dia pasti akan mengirimkan duit buat perbelanjaan ibu dan adiknya. Walhal dia sebenarnya bukanlah kerja. Kesibukan sebagai seorang pelajar dan jadual yang tak menentu mebataskannya untuk kerja.
Duit biasiswa yang diterimanya tiap bulan disimpannya untuk perbelanjaan ibunya. Jarang sekali dia memberitahu ibunya dia tidak mempunyai duit. Dia lebih rela mengikat perut dari dia melihat ibunya tanpa sebutir nasi.
.......................... .......................... .......................... .......................... ........
Renungkan..
Berapa ramai kita di luar sana yang bergayut lama dengan ibu/ayah kita untuk bertanya khabar mereka ?
Berapa ramai kta di luar sana yang sanggup mengikat perut demi ibu dan adik beradik kita?
Berapa ramai di luar sana setiap kali nak membeli barang dia akan terbayang wajah ibunya ?
Allahu..
Ibu adalah anugerah yang paling indah. Kekadang memang memenatkan bila mendengar leterannya. Namun, kelak mereka telah pergi menghadap-Nya saat itu kita akan sedar betapa rendunya kita pada nasihatnya.
Tatkala menuntut ilmu disini. Hampir tiap kali ana melihat remaja lebih suka bergayut lama-lama dengan pakwe/makwe. Nak gayut dengan ibu? Jauh sekali ana lihat, paling-paling pun kol nak info duit dah habis. Itupun tak sampai 5 minit.
Astaghfirullahal'adzim..
Bila lagi nak balas jasa ibu ?
Tak perlu tunggu kita kerja, sekarang pun boleh ..
p/s : " Mak/Ayah duit adik dah habis ?
" Yeke nak? Mintalah kirim dengan pakwe/makwe. "
muahasabah ..
Al-Fatihah buat semua ibu di dunia..
- Bismillah ..
" Ibu, ibu ada duit lagi tak kat sana? "
" Mak jangan risau angah kat sini kejelah ibu, angah ada duit saku lebih sebab tue ana kirim "
Hampir tiap bulan dia pasti akan mengirimkan duit buat perbelanjaan ibu dan adiknya. Walhal dia sebenarnya bukanlah kerja. Kesibukan sebagai seorang pelajar dan jadual yang tak menentu mebataskannya untuk kerja.
Duit biasiswa yang diterimanya tiap bulan disimpannya untuk perbelanjaan ibunya. Jarang sekali dia memberitahu ibunya dia tidak mempunyai duit. Dia lebih rela mengikat perut dari dia melihat ibunya tanpa sebutir nasi.
..........................
Renungkan..
Berapa ramai kita di luar sana yang bergayut lama dengan ibu/ayah kita untuk bertanya khabar mereka ?
Berapa ramai kta di luar sana yang sanggup mengikat perut demi ibu dan adik beradik kita?
Berapa ramai di luar sana setiap kali nak membeli barang dia akan terbayang wajah ibunya ?
Allahu..
Ibu adalah anugerah yang paling indah. Kekadang memang memenatkan bila mendengar leterannya. Namun, kelak mereka telah pergi menghadap-Nya saat itu kita akan sedar betapa rendunya kita pada nasihatnya.
Tatkala menuntut ilmu disini. Hampir tiap kali ana melihat remaja lebih suka bergayut lama-lama dengan pakwe/makwe. Nak gayut dengan ibu? Jauh sekali ana lihat, paling-paling pun kol nak info duit dah habis. Itupun tak sampai 5 minit.
Astaghfirullahal'adzim..
Bila lagi nak balas jasa ibu ?
Tak perlu tunggu kita kerja, sekarang pun boleh ..
p/s : " Mak/Ayah duit adik dah habis ?
" Yeke nak? Mintalah kirim dengan pakwe/makwe. "
muahasabah ..
Al-Fatihah buat semua ibu di dunia..
April 17, 2014
Fenomena bisnes tudung singkat yang belum berkesudahan. Apa kata lelaki?
assalamualikum :)
"Fenomena bisnes tudung singkat yang belum berkesudahan. Apa kata lelaki?"
Saya ada berbincang dengan kawan-kawan sesama lelaki. Akhirnya kami bersepakat memberikan sedikit komen tentang tudung sedemikian.
1. Dari segi pattern dan style.
Bagi kami ia sangatlah TIDAK cantik. Rasanya mata lelaki lebih tulus bab ni. Mata perempuan telah dikelabukan dengan manik-manik hiasan atau batu-batu so-called mutiara, diamond dan sebagainya yang dicampakkan di sekitar tudung. Serius, tak lawa. Pendapat peribadi saya sendiri, ini tudung ultraman sebab macam ada lampu di tengah-tengah tudung.
2. Dari segi ketebalan.
Kami merumuskan, apa gunanya berpuluh layer andai ianya tetap tipis dan jarang? Layer paling luas, nampak bentuk di belakang or sebalik kain. Sepatutnya makin banyak layer, makin tak nampak. Baik pergi kedai spray paint kereta. Suruh depa sembur tudung tu kasi layer kekal keras selamanya.
3. Dari segi harga.
Kami sedikit pelik sebab biasanya golongan wanitalah paling dahsyat berekonomi. Nak yang ada sales murah kalau pergi shopping. Berkira itu dan ini dan agak cerewet. Jadi, dalam kes ini, kenapa anda begitu ghairah membazirkan duit banyak hingga beratus ringgit untuk tudung singkat yang sekangkang kera itu? Baiklah beratus-ratus ringgit tu beli kain ela. Dah banyak ela dapat. Buat langsir terus pun boleh. Pakai langsir pun orait gak. Tutup sampai ke kaki. Apapun, kami lelaki lebih suka andai anda beli tudung yang labuh.
4. Dari segi suka dan tak suka.
Kesimpulannya, lelaki ada dua jenis. Satu, soleh. Satu lagi, tholeh (tak solehlah). Soleh ke tholeh ke semua suka perempuan bertudung. Kalau yang soleh, mereka suka anda labuhkan tudung. Kalau yang tholeh, mereka tak kisah pun anda pakai tudung singkat atau tak pakai langsung. Bila anda tanya pendapat yang tholeh ni, mereka akan jawab, "I suka." Bukan merujuk tudung singkat anda. Tapi merujuk aset yang tak berjaya ditutupi tudung singkat itu.
5. Penutup la pula.
Penutupnya, wanita sepatutnya tinggalkanlah tudung-tudung singkat ni. Majoriti lelaki tak berkenan dan tak suka sangat pun. Nak ditegur, takut terasa hati pula. Ada juga lelaki macam tu. Jaga hati buah hati.
Akhir kata, aurat itu bukan hanya isu tudung. Jangan rasa dah pakai tudung, kira dah tutup aurat. Kira dah setel bab aurat. No. Banyak lagi benda, bajunya, seluarnya, kainnya, perhiasannya, make-up overnya, aurat lengannya, aurat kakinya.
Itulah saja pendapat kami dari pihak lelaki.
Kita hidup ni bukannya ikut fesyen manusia suka.
Kita hidup ni ikut fesyen, pattern dan style yang Allah cinta.— Muhammad Rusydi
Tak puas hati?
Sekian, terima kasut.
Setiausaha catat minit mesyuarat,
pengertian haid
assalamualikum ^^
- Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu:
1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah
Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?
Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.
Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.
Apakah syarat-syarat darah haid?
Syarat-syarat darah haid ialah:
1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.
Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.
Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak warna-warna darah haid ada lima, iaitu:
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).
Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.
Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?
Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)
Moga Allah memberikan kefahaman :)

Cukuplah bermain wahai L E L A K I
assalamualikum ^^
Cukuplah bermain wahai L E L A K I !
Apa perlu wanita di permainkan oleh mu lagi?
Apa perlu maksiat dan zina itu memenuhi hari-harimu ?
"Fitrah manusia itu berpasangan. Maka salurannya yg betul ialah nikah".
Wanita itu bukan seperti patung barbie ,
Cantik kau nodai dan kau amati sesuka hati ,
bila rosak dirinya, kau berpaling dgn yang lainnya,
Apa kau ingin menjadi musuh Allah dan Rasul ?
Salahnya dirimu bukan 100% ,
kerana peratusan juga jatuh pada dirinya wanita,
Dirimu tergoda , dirinya menggoda,
Tapi kenapa mudah kau dan dirinya ternoda ?
Jika tidak kasihan pada diri,
Jika tidak kasih akan diri,
Sedarlah diri,
Jasadmu bukan milikmu !
KETAHUILAH,di belakang kamu ada tangisan seorang manusia mulia
Tangisan Rasulullah SAW keatas umat (kita) sejak 1400 tahun dulu. .
Allahu Rabbi !
Jadilah lelaki memelihara bukan merosakkan

April 16, 2014
AURAT !
assalamualikum hellooo
- Ada ulamak mengatakan setiap inci tubuh wanita adalah aurat. Muka pun boleh jadi aurat. Bagaimana muka boleh jadi aurat? Bila muka tersebut terlalu cantik dan boleh mendatangkan fitnah. Kalau ambil gambar dari belakang tapi tak nampak muka boleh ke? Belakang atau depan tetap sama. Boleh jadi aurat walaupun ditutup. Yang tertutup litup pun boleh menjadi perhatian dan fitnah kepada lelaki, apatahlagi yang terdedah sana sini. Anda tidak tahu bagaimana lelaki menilai anda. Bila terdedah sana sini, sama seperti menafikan hukum Allah. Maka, berdosa besar. Sebab Allah sendiri yang perintahkan suruh tutup aurat. Bukannya ulamak, kiyai dan ustaz.
"Ehem, kami tak tutup aurat tapi kami solat taw"
>>Boleh jamin ke ibadah solat diterima sedangkan aurat tak tutup.
"Ehem, kami takmahu jadi hipokrit. Nak jadi diri sendiri. Nantilah dulu. Tunggu sampai seru"
>>Dah lama diseru pun. Boleh ke cakap kat malaikat maut camni,'Kejap2. Give me 5 minutes. Nak taubat'
Kasihanilah ayahmu dan suamimu. Kerana dosa kita tak tutup aurat mereka yang tanggung. Cakap sayang, kenapa tambah dosa mereka? Sayang ke macamtu?
Buat anak dara, tidak malukah kamu apabila tubuhmu dijamah oleh mata mata rakus sang lelaki? Tidak malukah kamu apabila gambarmu menjadi modal perlakuan tak bermoral? Mana pergi malumu?
Rasanya semua tahu aurat dari mana sampai mana. Sekolah rendah cikgu dah ajar.
"Relax laaa beb. Kami tunggu Allah bagi hidayah. Hidayah kan milik Allah"
>>Memang hidayah milik Allah. Kita kena cari. Kalau setakat tunggu habuk pon takdak.
Semuanya atas diri kita. Kita yang pilih. "Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" -Surah Ar Ra'du, ayat 26-
>>Boleh jamin ke ibadah solat diterima sedangkan aurat tak tutup.
>>Dah lama diseru pun. Boleh ke cakap kat malaikat maut camni,'Kejap2. Give me 5 minutes. Nak taubat'
>>Memang hidayah milik Allah. Kita kena cari. Kalau setakat tunggu habuk pon takdak.
April 12, 2014
tulang rusuk takkan tertukar
assalamualaikum ^_^
“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah grad”
“untuk apa awak katakan itu sekarang akhi?”
Jika belum bersedia, adalah jawapannya, lalu mengapa harus awak katakan rencana tersebut pada saya? Tak tahu kah awak , kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?.”
Ketika awak mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”
“Lantas, apakah dengan awak berkata seperti itu
lalu perilaku awak yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati? Awak memang seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk awak berikan sepenuhnya kepada wanita yang berhak.”
Ketika awak mengatakan: “hati-hati, di sana.. jaga diri baik baik..”
“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,tapi cukuplah Allah yang akan menjaga saya..Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”
Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”
“Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa pun,kerana saya tidak tau apa yang akan terjadi nanti..”
Sebuah pengajaran,
Wahai akhwat, jika datang kepadamu seorang lelaki baik-baik yang melamarmu, maka kemungkinan dialah jodohmu, suamimu….
Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah lelaki lain, maka ikhlaskanlah. Boleh jadi dia bukanlah bidadarimu.
“Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)”
Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untuk awak, pasti ada wanita lain yang lebih baik untuk awak.
Dan yakinlah, jika memang saya adalah pasangan dari tulang rusuk awak, maka tanpa awak minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lain pun, saya akan tetap menjadi pendamping awak.
Kerana saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR .
Subscribe to:
Posts (Atom)