“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah grad”
“untuk apa awak katakan itu sekarang akhi?”
Jika belum bersedia, adalah jawapannya, lalu mengapa harus awak katakan rencana tersebut pada saya? Tak tahu kah awak , kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?.”
Ketika awak mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”
“Lantas, apakah dengan awak berkata seperti itu
lalu perilaku awak yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati? Awak memang seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk awak berikan sepenuhnya kepada wanita yang berhak.”
Ketika awak mengatakan: “hati-hati, di sana.. jaga diri baik baik..”
“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,tapi cukuplah Allah yang akan menjaga saya..Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”
Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”
“Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa pun,kerana saya tidak tau apa yang akan terjadi nanti..”
Sebuah pengajaran,
Wahai akhwat, jika datang kepadamu seorang lelaki baik-baik yang melamarmu, maka kemungkinan dialah jodohmu, suamimu….
Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah lelaki lain, maka ikhlaskanlah. Boleh jadi dia bukanlah bidadarimu.
“Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)”
Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untuk awak, pasti ada wanita lain yang lebih baik untuk awak.
Dan yakinlah, jika memang saya adalah pasangan dari tulang rusuk awak, maka tanpa awak minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lain pun, saya akan tetap menjadi pendamping awak.
Kerana saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR .
No comments:
Post a Comment