July 25, 2014

Rindu

Rindu..
Perasaan yang mmg Allah timbulkan dlam diri manusia.
Yg juga dipanggil sbgai, 'lumrah manusia' / ' fitrah manusia'
Perasaan ini memang perasaan yg kadang2 kita rasa kita btol2 tak tahan menanggungnya.
Kita rasa kita ingin meluahkan perasaan ini pada mereka yg kita rindui.
Tapi kita tatau bagaimana caranya.
Dan inilah masalahnya..
Jadi pada hari ini, akan saya huraikan dan ceritakan tentang perasaan "Rindu".

Bismillah...
Aku rindu.
Rindu pada Allah.
Allah, aku ingin bertemu dgnMU.
Walaupun aku ini hanya seorg hamba yg hina.
Yang sangaatt berdosa.
Yang selalu alpa.
Akan tetapi, setiap kali aku mengingatiMU,
Aku tidak dpat nak pendamkn perasaan ini.
Aku benar2 rindu padaMU.
Allah..
Ambillah aku bila2 masa Engkau mahu.
Tapi, ambillah aku selepas Kau ampunkan semua dosa2 ku kerana aku ingin bertemu denganMU dalam keadaan yg suci dari dosa.

Aku rindu.
Rindu pada Nabi Muhammad.
 Nabi ku yg amat aku sayangi.
Sungguh, sudah lama aku pendamkan perasaan ini .
Sungguh, aku benar2 rindukan dirimu wahai kekasih hatiku .
Kau telah berkorban banyak buat kami, umatmu.
Kau telah berjuangkan agama ini demi kami.
Kau sanggup dicaci maki,
Dihina,
 dilempar najis
Dibenci
Dan disakiti oleh mereka yang jahat.
Tapi...
Kau tak pernah membalas perbuatan mereka
Kau tak pernah suuzhon pada mereka
Kau tak pernah lupa untuk doakan mereka
Kau tak pernah berputus asa untuk menegakkan kebenaran
Kau tak pernah berputus asa untuk berdakwah.
Wahai Rasulullah..
Aku sangat merinduimu...
Aku selalu berdoa supaya satu hari nanti kita dapat bertemu..
Aku berdoa supaya kau dapat merasakan perasaan yg aku rasa ini terhadap dirimu..
Wahai Rasulullah..
Aku ingin berjumpa denganmu.
Aku ingin menatap wajahmu.
Aku ingin bercakap denganmu.
 Izinkanku tinggal di syurga nanti bersamamu..

Aku rindu.
Rindu pada sahabat2 ku dan kesayangan2 ku yg tinggal jauh.
Yang tinggal di negara yg berbeza.
Yang tinggal di negara yg sama
Yang tidak pernah aku jumpa.
Yang selalu aku jumpa di sekolah
Yang tidak pernah aku melihat wajah mereka.
Yang selalu aku lihat wajah mereka.
Yang sentiasa ada untuk diriku yg lemah ini.
Yang sentiasa memberiku semangat
Yang tak pernah putus asa membantu diriku
Yang aku hanya meluahkan dan mengungkapkan perasaan rindu itu dengan melalui doa.

Aku rindu..
Rindu kepadanya.
Dia yang tak pernah tahu.
Dia yang malu.
Dia yg ceria.
Dia yg slalu kelihatan gembira.
Dia yg pendiam.
Dia yg aku tk pernah berjumpa.
Dia yg tk pernah tahu akan perasaan rindu dan suka diri ini padanya.
Biarlah dia tak tahu.
Kerana itu yg lebih baik.
Dan memang aku tak boleh bilang padanya.
Dan aku taknak dapat dosa jika aku luahkan perasaan itu padanya
Cuma, aku hanya luahkan perasaan rinduku itu, melalui doa... :')

Jadi disini, saya ingin sampaikan bahawa,
Siapapun, dimanapun dan bila2 kita RINDU kan seseorang itu, atau Pencipta kita,
Luahkanlah
Ungkapkanlah
Ucapkanlah perasaan rindu itu melalui DOA.
Kerana DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.
Dan dengan kita berdoa, kita tkkn rasa tertekan dgn prasaan rindu yg kita rasa. :')

Semoga bermanfaat :)(:

No comments: