Ditipu?
Anggap ini satu ujian.
Anggap ini satu hadiah daripada Tuhan.
Dia tipu kamu, pahala dia diberikan kepada kamu.
Kamu sepatutnya beruntung.
Tak perlu sedih.
Tersenyum lah,
Hadiah yang kamu dapat tu pahala, tak nak?
Dalam kita jatuh gedebuk-gedebuk dengan ujian inilah Allah nak tengok lagi siapa yang paling baik amalnya. Malah tiada pula escapism yang Allah berikan.
Kerana apa? Pasti semua pun tahu kan jawapannya? Baik, saya simpan dahulu jawapan saya.
Dahulu, tatkala Nabi di utuskan menjadi Rasul, kita dapat lihat kan betapa banyak dugaan dan cabaran serta tentangan yang di hadapi oleh Baginda.
Saat itu, apa yang Baginda lakukan? Duduk diam sahaja? Atau pergi menemui oleh Allah untuk menarik semula ‘jawatan’ baginda?
Ya. Sudah pasti tidak, bukan.
Dahulu juga, Nabi Muhammad saw juga telah tahu bahawa Baginda bakal menduduki SYURGA nan ABADI. Adakah Baginda turut duduk sahaja tanpa ibadah dan berlepas tangan pada tanggungjawab Baginda?
Ya. Tidak, bukan.
Maka, siapa lagi role model yang kita perlu contohi saat kita diuji ini?
Ya, sila tepuk dada dan tanya iman sekarang.
Setiap ujian yang datang dalam hidup kita ini adalah nikmat.
Percayalah, saat kita memandang ujian itu sebagai nikmat, kita akan berlapang dada mengharungi setiap ‘titipan cinta’ itu dari Dia.
Bukankah saat kita diuji itu kita akan semakin hampir dengan Dia. Maka, apa lagi yang lebih indah dari itu saat kita berkasih dengan Si Pencinta yang abadi?
Maka, bangkitlah kalian semua dari ujian yang kalian hadapi. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya kita akan dapat balasan di akhirat sana.
Ingat akan sesuatu.. Saat kita melakukan pertimbangan dalam setiap ujian yang kita hadapi… Kita menimbangi atas neraca apa. Manusia atau Allah?
Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuaNya, Maka damailah hati. Kerana Dia lah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya.
Senyumlah wahai hati kesayangan Allah. Kerana SYURGA itu MAHAL. Dan hanya layak bagi mereka yang SABAR.
No comments:
Post a Comment