Betullah kita mengagumi arwah Ahmad Ammar.
Tapi janganlah over sangat.
Sampai ada yang kata jadikan dia idola no.1. Satu2nya idola.
Allahurabbi.
Idola no.1 kita semua adalah Nabi Muhammad s.a.w.
Jadikan beliau sebagai inspirasi dan semangat, dari sudut ketulusan hati dalam perjuangan mencari redha Allah tu amat baik. Tiada masalah.
Mengagumi jangan sampai terlalu menyanjung terlampau tinggi.
Kita kena ingat jua, setiap hari umat Islam syahid di Syria, Palestine dan segenap sudut dunia. Mereka juga boleh jadi sumber inspirasi kita.
Ada yang bertanya pada saya, bagaimana nak ke tempat2 luar negara tempat negara Islam yang sedang bergolak sedangkan tidak mampu. Bagaimana nak berjuang macam beliau?
Sahabat2 yang dikasihi,
Berjuanglah dalam skop perjuangan yang terdaya.
Misalnya, kamu sebagai anak yang jaga keluarga, mak sakit. Perjuangannya adalah jaga mak sakit, jaga adik-adik dengan seikhlas hati tanpa mengeluh sikit pun. Cuba buat pada benda yang sekecil kuman pun, letakkan ikhlas betul2 kerana Allah. Insya-Allah redha Allah tu kamu akan raih jua.
Ingatlah kisah Uwais al-Qarni, menjaga ibunya yang uzur dan lumpuh. Berusaha keras demi mendapatkan keredhaan ibunya terhadapnya. Akhirnya mendapat keredhaan Allah, malah terkenal di langit.
Andainya sahabat2 tengah belajar, maka belajarlah sungguh-sungguh cari redha ibu bapa, guru dan Allah. Ikhlaskan hati. Bukan malaskan diri. Atau cuma nak gred tinggi semata2.
Jika tengah bekerja, kerjalah kerana Allah.
Apa jua sekalipun, niat kerana Allah. Ikhlas ni susah sekali.
Kalau tak percaya, balik rumah mak ayah nanti, pergi lipat kain baju tanpa disuruh atau disuruh mak. Cuba niat ikhlas kerana Allah. Fuh..susah tu nak ikhlas~~
Niat saja ikhlas, perbuatannya malas. Cannot go.
Jangan Taksub
Senyum.
No comments:
Post a Comment